Header Ads

Tidak rasmi: Anwar menang di PD

Foto NSTP

KEPUTUSAN tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh majoriti 21,932 undi iaitu melebihi jumlah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurut pengiraan Institut Darul Ehsan (IDE), calon Pakatan Harapan (PH) itu memperoleh 28,904 undi diikuti calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, yang mendapat 6,972 undi.

Loading...

Memetik portal Harian Metro, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang bertanding atas tiket Bebas memperoleh 3,910 undi manakala bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendapat 87 undi.

Calon Bebas lain, Stevie Chan mendapat 304 undi, Lau Seck Yan (192) dan Kan Chee Yuen (172).

Setakat 7.50 malam tadi, keputusan tidak rasmi yang dipaparkan di Bilik Gerakan Utama PH menunjukkan 40,541 undi sudah dikira.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan jumlah peratusan keluar mengundi ialah 54 peratus setakat 4 petang tadi.

Jumlah itu secara tidak langsung menunjukkan peratusan keluar mengundi PRK Port Dickson adalah tertinggi berbanding tiga PRK Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia.

No comments

Loading...