Header Ads

Tiada satu tuduhan berkait 1MDB, kata peguam Rosmah

Tiada satu pun pertuduhan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor ada hubung kait dengan 1MDB. - Foto: Projek MM

KUALA LUMPUR ― Kesemua 17 pertuduhan yang dibaca di hadapan Datin Seri Rosmah Mansor tidak mempunyai hubung kait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang tersebar luas kebelakangan ini tetapi ia hanya melibatkan di bawah Akta Pencegahan Wang Haram (AMLA).


Loading...
Peguam bagi Rosmah, Datuk Geethan Ram Vincent berkata ini adalah masa yang tepat bagi anak  guamnya untuk membersihkan namanya daripada tuduhan berkenaan.

“Banyak yang diperkatakan mereka iaitu terlibat dalam 1MDB tetapi tiada satu pun daripada itu dan ini peluang kepada beliau untuk membersihkan namanya,” katanya kepada media selepas prosiding mahkamah.

Rosmah, 67, menarik perhatian ramai wartawan, juru gambar dan juru kamera serta orang awam apabila beliau melangkah dengan tenang memasuki bangunan yang dikawal ramai polis sebelum dan selepas  prosiding mahkamah.

Pagi  ini, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini di atas 17 pertuduhan di bawah  AMLA dan dibebaskan dengan ikan jamin RM2 juta dengan dua penjamin. ― Bernama

No comments

Loading...