Header Ads

Terperangkap dalam mesin basuh: Bapa saudara kanak-kanak ditahan


KUALA LUMPUR - Polis menahan bapa saudara kepada kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang terperangkap dalam mesin basuh di sebuah dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor kira-kira pukul 11 malam semalam.


Loading...

"Suspek dipercayai memasukkan anak saudaranya ke dalam mesin basuh dengan niat untuk bergurau menyebabkan mangsa terperangkap kira-kira 20 minit.



"Mangsa kemudiannya berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam serta polis dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, suspek kini direman selama empat sehingga Sabtu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi. - Bernama

No comments

Loading...