Header Ads

Terkait dakwaan rasuah Ahmad Zahid, saham MyEG, Datasonic menjunam


Saham dua syarikat, Datasonic Berhad dan MyEG Berhad, jatuh mendadak selepas dikaitkan dengan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pagi ini.

Sebelum urus niaga dihentikan, saham MyEG merosot 37 sen kepada nilai RM1.13 dengan 97.8 juta saham diniagakan. Kejatuhan ini sebanyak 24.7 peratus.

Loading...

Datasonic pula merosot 25.5 sen sebelum ditutup pada harga 44 sen dengan 41.5 juta saham diniagakan. Saham ini jatuh sebanyak 36.7 peratus.

Kedua-dua syarikat ini bagaimanapun menafikan terlibat menghulur rasuah kepada Zahid, waktu itu menteri dalam negeri, untuk projek MyEG dan juga cip pasport.

Dalam sebahagian daripada 45 pertuduhan terhadapnya, bekas timbalan perdana menteri itu didakwa menerima rasuah RM21.25 juta daripada mereka yang dikaitkan dengan syarikat ini.

Bekas timbalan perdana menteri itu dituduh menerima rasuah itu bagi projek-projek MyEG Services Berhad, cip pasport dan perkhidmatan pekerja asing bawah Kementerian Dalam Negeri.

Zahid didakwa menerima RM13.25 juta daripada Mastoro Kenny IT Consultant & Services mendapat projek MyEG dan RM6 juta lagi untuk projek kepada anak syarikat Datasonic. - projek MM

No comments

Loading...