Header Ads

Tanah runtuh Bukit Kukus: 3 dikhuatiri maut, 12 masih hilang


GEORGE TOWN: Tiga dipercayai maut tertimbus manakala 12 mangsa masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di kawasan pembinaan Jalan berkembar Bukit Kukus, di sini petang Jumaat.

Pengerusi Kebajikan Masyarakat Penyanyang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh memaklumkan perkara itu ketika dihubungi sebentar tadi, lapor Astro Awani.


Loading...
Sementara itu, laporan awal Pasukan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang memaklumkan 12 lagi mangsa dikhuatiri tertimbus dalam insiden berkenaan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang Jumaat di kawasan tapak pembinaan jalan raya berkembar dari Paya Terubong menghala ke Relau.

Kawasan runtuhan tersebut dianggarkan berkeluasan  500 x 200 kaki yang turut  melibatkan empat buah kontena tertimbus.

Buat masa ini, pihak media difahamkan kontena-kontena di tapak pembinaan itu digunakan untuk menempatkan pekerja-pekerja binaan.

Ketika ini, pasukan penyelamat sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa.

No comments

Loading...