Header Ads

Suspek langgar lari direman lagi lima hari, disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan


SEPANG - Suspek kejadian kemalangan langgar lari di hadapan bangunan Shaftbury Cyberjaya hingga menyebabkan kematian seorang kakitangan Telekom Malaysia (TM) kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurut sumber, suspek dibawa ke Mahkamah Sepang di sini untuk mendapatkan perintah reman, lapor Kosmo Online hari ini.


Loading...
Turut dibawa untuk mendapat perintah sama ialah dua rakannya yang merupakan warga Yemen dan Libya.

"Terdapat arahan daripada pihak pendakwa untuk suspek ini disambung lagi reman untuk membantu siasatan.

"Siasatan terbaharu ini dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sehubungan itu, Majistret Yusna Khadijah Md. Yusop membenarkan kedua-dua suspek direman lima hari.

Tempoh reman tersebut bermula hari ini dan tamat pada Sabtu.

Terdahulu ketiga-tiga suspek tiba di sini untuk mendapatkan perintah lanjut selepas tempoh reman ke atas mereka dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 berakhir hari ini dan semalam.

Khamis lalu, empat individu ditahan dan direman bagi membantu siasatan kes langgar lari sehingga menyebabkan Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales meninggal dunia.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas mengalami kecederaan parah akibat dilanggar dan diseret.

Selain itu, kereta dipandu suspek yang dipercayai disewa turut merempuh empat buah kenderaan lain yang diletakkan di kawasan itu iaitu sebuah kereta jenisToyota Avanza, Perodua Myvi, Honda City dan sebuah kereta jenis Proton.

No comments

Loading...