Header Ads

Sultan Ibrahim dukacita ada pihak sengaja lempar fitnah


Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berdukacita dengan tindakan segelintir pihak yang sengaja melemparkan fitnah terhadap keluarga diraja Johor berhubung pengambilan tanah sebuah sekolah agama swasta di Johor Bharu.

Menerusi catatan dalam laman Facebook Sultan Ibrahim, baginda bertitah, fitnah itu yang mendakwa kononnya keluarga diraja Johor mengambil tanah sebuah sekolah agama swasta di Johor Bahru, kini tular dalam laman media sosial.


Loading...
Ia juga, menurut baginda, sengaja disebarkan dalam media sosial meskipun berita berkenaan tidak benar.

"Jangan senang sangat membuat apa-apa atau sebarang kenyataan tanpa merujuk terhadap mereka yang berkaitan (officials) atau kerajaan dahulu” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) seperti tercatat dalam laman Facebook rasmi baginda itu, malam ini.

RPO adalah pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga diraja Johor.

Menerusi catatan Facebook itu, turut dilampirkan sekeping gambar tangkap layar yang menunjukkan akaun Twitter milik individu bernama @ArieCadaver yang mengeluarkan dakwaan berkenaan.

@ArieCadaver dalam titipan Twitternya itu mendakwa kerana isu pengambil alihan tanah itu, sekolah agama yang menjadi sepupunya bersekolah kini terpaksa dipindahkan pada tahun hadapan.

Turut dimuatnaik dalam catatan Facebook itu, satu kenyataan mengenai penjelasan status tapak tanah sekolah itu termasuk mana-mana pihak yang ingin membuat ulasan mengenai status tapak sekolah itu seharusnya menyemak fakta yang diperoleh terlebih dahulu.

- Bernama

No comments

Loading...