Header Ads

SPRM tahu RM2.6 bilion bukan derma selepas temui FBI dan DOJ


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati dakwaan RM2.6 bilion yang diterima Datuk Seri Najib Razak daripada Arab Saudi bukanlah derma.

Suruhanjaya itu mendapat maklumat sahih selepas pertemuan dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, kata Tan Sri Abu Kassim Mohamed.


Loading...
Bekas ketua pesuruhjaya SPRM itu, kini ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), memberitahu media perkara itu selepas seminar isu rasuah.

Pada 2015, SPRM mengeluarkan kenyataan mengesahkan dana itu bukannya dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti dispekulasi, sebaliknya sumbangan Arab Saudi.

Diminta menjelaskan perbezaan maklumat lama dengan pendededah barunya, Abu Kassim berkata kenyataan lama dikeluarkan berdasarkan maklumat yang diperolehi ketika itu.

“SPRM, setakat yang saya tahu, tidak pernah secara tuntas mengesahkan bahawa RM2.6 bilion itu ada sumbangan,” katanya.

“Mungkin pada masa itu, [ia berdasarkan] siasatan jenayah, mungkin. Tetapi apabila penyiasatan diteruskan lagi, mereka [SPRM] telah menemui kebenaran.

“Khususnya selepas saya pergi ke Amerika Syarikat dan bertemu FBI dan DOJ, kami mendapati bahawa duit itu bukan derma.”

No comments

Loading...