Header Ads

SPRM panggil Ahmad Zahid kali ke-6, dijangka didakwa pada Jumaat


Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipanggil untuk hadir menyerah diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Khamis.

Beliau dijangka didakwa pada Jumaat dan perkara itu disahkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam sebentar tadi.

"Ya, beliau sudah terima notis serah diri untuk ditahan kira-kira pukul 1.45 petang tadi dan diminta supaya hadirkan diri ke Ibu Pejabat SPRM esok dan akan didakwa pada Jumaat.


Loading...
"Saya sendiri sudah tengok notis tersebut," katanya ketika dihubungi.

Lokman, dalam satu kenyataan media turut menyeru semua ahli dan kepimpinan Umno supaya berhimpun di hadapan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pagi Khamis sebagai tanda solidariti terhadap presiden parti itu.

"Ayuh kita sama-sama hadir mempertahankan presiden kita yang kini menjadi sasaran regim kezaliman.

"Jangan biarkan presiden kita keseorangan. Korbankan hanya sehari untuk kita mempertahankan maruah Umno yang kini cuba dirobek sang penguasa," katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya berhimpun secara aman dengan memakai kemeja-T berwarna oren.

"Saya akan hadir pakai baju oren lokap SPRM. Terpulang kepada anda mahu pakai baju apa," katanya.




📣📣📣📣📣 PENGUMUMAN RASMI 17hb Oktober, 2018 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO telah diberikan notis serah diri untuk ditahan tadi jam 1.45 ptg untuk menghadirkan diri ke Ibu Pejabat SPRM jam 3.00 ptg esok, 18hb Oktober, 2018 (Khamis) dan dijangka akan didakwa keesokkan harinya (Jumaat). . . Sehubung dengan itu, saya sebagai anak memohon agar keluarga dan sahabat semua dapat melapangkan masa untuk solat hajat dan berdoa agar segalanya dipermudahkan. . . Saya dan keluarga akan bersama2 beliau sebagai tanda #Solidariti4PresidenUMNO jam 9.00 malam dihadapan Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya dan jam 8.00 pagi di Mahkamah Seksyen Jalan Duta, Kuala Lumpur. . . Saya akan terus bersama-sama mempertahankan Abah saya yang kini menjadi sasaran keZALIMan, demi Agama, Bangsa dan bumi Malaysia! . . Allahuakbar! Nurulhidayah Ahmad Zahid #beranikeranabenar
A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurulzahid) on


Dalam pada itu, anak perempuan Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah turut memuat naik gambar logo SPRM berserta kenyataan yang sama di laman Instagramnya dengan kapsyen, "Kegelapan tahun 1998 kembali lagi. Bring it on! Biznillah."

Pada Jumaat lalu, Ahmad Zahid hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya kali kelima bagi membantu siasatan penyelewangan dana yayasan dikaitkan dengan beliau iaitu Yayasan Akal Budi.

SPRM turut mengambil keterangan anak perempuan beliau, Nurulhidayah serta adik Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi, berhubung kes sama pada Rabu lalu. - mStar Online

No comments

Loading...