Header Ads

SPR terima pencalonan Anwar berdasarkan pengampunan Diraja

Azhar (dua, kiri) mendengar penerangan dari Pegawai Penyelaras Pusat Mengundi PUSASDA, Leftenan Kolonel Zabidi Zakariah (kanan) semasa mengadakan lawatan di Pusat Mengundi Awal pada PRK Port Dickson hari ini. Foto oleh Bernama

PORT DICKSON - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini sekali lagi menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berkelayakan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson walaupun status pengampunan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dipertikaikan.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya menerima pencalonan Anwar untuk mewakili Pakatan Harapan (PH) pada PRK itu adalah berdasarkan kepada pengampunan diraja yang diperolehinya daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 16 Mei lepas.

Loading...

"Kami terima pencalonan Anwar berdasarkan pengampunan dan kami sedar bahawa proses perundangan sedang berlangsung dan terpulang kepada hakim untuk membuat keputusan dalam isu ini.

"Tetapi buat masa ini Anwar adalah calon yang sah dalam PRK ini," katanya kepada pemberita selepas memantau proses perjalanan undi awal di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini hari ini.

Sebelum ini, status kelayakan Anwar untuk bertanding dipersoal pelbagai pihak termasuk terbaru daripada Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang dilaporkan berkata, kononnya

Anwar tidak layak bertanding pada PRK itu kerana Yang di-Pertuan Agong hanya memberikan pengampunan penuh dan bukan pengampunan bebas. - Bernama

No comments

Loading...