Header Ads

Sistem pentadbiran Malaysia disalah guna Najib, kata Tun Mahathir

Dr Mahathir (kanan) ketika program temubual Hardtalk bersama pengacara Zeinab Badawi di BBC News hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sistem pentadbiran Malaysia telah disalahgunakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan kuasanya untuk merompak negara, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Sistem itu mungkin sama tetapi pemimpin itu berbeza, sistem berkenaan digunakan oleh lima Perdana Menteri sebelum ini dan tiada pertuduhan rasuah berskala itu terhadap kesemua empat pemimpin tersebut.


Loading...
"Tetapi sistem itu disalahgunakan. Apa yang dilakukannya ialah menggunakan kuasa untuk mencuri wang," kata Mahathir pada program Hardtalk BBC semasa wawancara di London.

Program selama 20 minit itu disiarkan hari ini.

Bercakap kepada peneraju program berkenaan, Zeinab Badawi, Perdana Menteri berkata, terserah pada mahkamah untuk memutuskan pertuduhan terhadap Najib.

Najib kini berdepan 21 pertuduhan dengan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan lebih RM4.3 bilion dan empat pertuduhan rasuah berjumlah RM2.3 bilion melibatkan dana daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) yang dikreditkan ke dalam akaun peribadinya. - Bernama

No comments

Loading...