Header Ads

Siasat segera, ketua pengarah Finas nafi terlibat dana RM16 juta tiris

Gobind Singh Deo - Foto The SunDaily

Ketirisan dana RM16 juta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berlaku sehingga tahun 2016, kata ketua pengarahnya sekarang.

Datuk Fauzi Ayob menjelaskan masalah lapan filem, termasuk satu animasi, yang bernilai sehingga RM5 juta diluluskan pegawai Finas sebelumnya, lapor mStar Online.

“[Ketirisan ini] berada di luar bidang pengetahuan saya kerana semua projek tersebut diluluskan oleh pegawai kanan Finas sebelum saya dilantik sebagai ketua pengarah,” katanya.

Loading...

“[...] kesemua projek yang dikaitkan dengan kegagalan itu saya tidak terlibat sama sekali memandangkan saya hanya dilantik menerajui Finas pada 2017.”

Beliau dan timbalannya Datuk Azmir Saifudin Mutalib dipindahkan ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sementara siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijalanakan.

September lalu, media melaporkan lapan buah filem tersebut, dengan geran RM1.2 juta hingga RM5 juta bagi setiap filem, gagal disiapkan dalam tempoh beberapa tahun sehingga 2016.

Fauzi berharap siasatan suruhanjaya itu dapat merungkai masalah itu segera kerana beliau juga perlu “membersih imej dan reputasinya sebagai pegawai kerajaan”.

Semalam menterinya Gobind Singh Deo berharap kes tersebut dimuktamadkan segera bagi memudahkan kementeriannya melakukan penstrukturan semula Finas.

No comments

Loading...