Header Ads

Seorang lagi MP Umno dijangka keluar parti

Rozman Isli 

KOTA KINABALU, 10 Okt — Seorang lagi wakil rakyat Umno Datuk Rozman Isli diura-ura meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Ahli parlimen Labuan dijangka menyerahkan borang kepada Datuk Darell Leiking, setiausaha agung Warisan, sewaktu lawatan menteri itu esok, lapor The Star Online hari ini.

Loading...

“Saya akan keluarkan kenyataan esok. Sekarang saya masih menyiapkannya. Banyak butiran perlu dimasukkan... ia panjang, lebih panjang daripada [kenyataan] Tok Pa [Datuk Seri Mustapa Mohamed].”

Bulan lalu Mustapa dan Datuk Seri Anifah Aman, masing-masing wakil rakyat Jeli dan Kimanis, keluar daripada Umno dan menjadi ahli parlimen Bebas.

Menurut sumber rapat, lapor portal berkenaan, penyertaan Rozman bersama Warisan akan dibuat segera kerana beliau tidak berminat menjadi wakil Bebas.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin, wakil rakyat Masjid Tanah, mengumumkan sebagai ahli parlimen Bebas mulai 1 Julai lalu selepas dua wakil rakyat Umno dari Perak berbuat demikian.

Datuk Noor Azmi Ghazali, wakil rakyat Bagan Serai, dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) meninggalkan Umno pada hujung Jun. - Projek MM

No comments

Loading...