Header Ads

Selepas Azeez Rahim, giliran anak pula dicekup SPRM

Datuk Abdul Azeez Rahim

PUTRAJAYA - Belum pun dua jam Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Rahim dilepaskan daripada tahanan reman, kini anak sulungnya pula dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki yang berusia 24 tahun itu ditahan jam 12 tengah hari selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM hari ini, lapor Sinar Harian.

Penahanan itu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.

Loading...

Suspek dipercayai menjadi proksi kepada ayahnya yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Menurut sumber, lelaki berkenaan berperanan sebagai ‘runner’ dalam urusan perpindahan wang rasuah membabitkan syarikat kontraktor.

Difahamkan, siasatan SPRM ketika ini dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Penahanan terbaharu itu menjadikan lima individu direman sejak 26 September lalu termasuk Ahli Parlimen tersebut membabitkan kes sama.

Pada 25 September lalu, Abdul Azeez, abangnya serta sepupu mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes sama dan mereka direman sehari kemudian.

No comments

Loading...