Header Ads

Saya tidak pernah minta maaf kepada Anwar - Dr Mahathir


LONDON - BRITAIN. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak pernah meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memecatnya pada 1998.

“Saya tidak mengatakan perkara itu kepadanya, tetapi orang lain yang kata kerana mereka mahu saya memohon maaf. Tetapi saya tidak pernah membuat permohonan maaf secara formal kepadanya,” katanya dalam temubual dalam program HardTalk oleh BBC.

Loading...

Beliau menjawab soalan hos program, Zeinab Badawi yang membaca petikan temu bual BBC dengan Anwar pada Jun lalu.

Dalam temubual itu, Anwar berkata, Mahathir telah membuktikan kehebatannya, menerima batasan masa lalu, meminta maaf dan mengorbankan masa dan tenaganya untuk meningkatkan maruah rakyat dan negara.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata kenyataan Anwar itu adalah pandangan peribadinya.

Dalam pada itu, beliau berkata,mereka telah melupakan masa lalu apabila setuju bekerjasama menumbangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika ditanya sama ada beliau menyesal kerana memenjarakan Anwar, Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersalah kerana keputusan dibuat oleh mahkamah. - Sinar Harian

No comments

Loading...