Header Ads

Saya 'tembak' Guan Eng kalau tidak dapat lebihan pendapatan, kata Dr Mahathir


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjenaka bahawa beliau akan menembak Lim Guan Eng sekiranya Menteri Kewangan itu gagal mencapai lebihan pendapatan.
“Soal kewangan kita serah kepada Lim Guan Eng kerana dia dapat jadikan kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai surplus (lebihan pendapatan).

Loading...
“Kita harap dapat (catat lebihan) tidak lama lagi. Kalau tidak saya tembak dia.. Eh jangan,” katanya di hadapan kira-kira 3,000 hadirin di ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Port Dickson semalam.

Pulau Pinang sebelum ini mencatat lebihan pendapatan sejak Lim menjadi Ketua Menteri pada 2008, namun mencatat defisit dari 2011 sehingga kini.
Terdahulu, Dr Mahathir hadir bersama anggota kabinetnya semalam untuk membantu kempen calon HARAPAN bagi pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia mencatat defisit pendapatan sejak dua dekad lalu.
HARAPAN dijangka membentangkan bajet pertama pada 2 November ini. - Malaysiakini

No comments

Loading...