Header Ads

‘Saya sayang Mahathir umpama bapa saya’, kata Anwar

Anwar bersama Dr Mahathir malam ini. - Foto Sinar Harian

PORT DICKSON - Calon PH di PRK Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau menyayangi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad umpama bapanya.

Beliau membuat pengakuan itu di hadapan ribuan rakyat Port Dickson dalam Ceramah Mega Mahathir - Anwar, sebentar tadi.

Malah Anwar sekali lagi menegaskan beliau merasakan Dr Mahathir merupakan individu paling tepat untuk memimpin Malaysia pada masa sekarang, lapor Sinar Harian.


Loading...
“Dalam keadaan sekarang lebih baik Tun Mahathir pimpin negara ini. Saya sebut ini dengan ikhlas.

“Saya sayangkan beliau seperti bapa dan pemimpin. Sekarang, saya terima beliau adalah individu terbaik untuk memimpin Malaysia,” katanya ketika berucap di dalam ceramah tersebut.

Secara berseloroh, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatakan kunjungan Dr Mahathir ke Port Dickson adalah kerana ‘semaraknya kasih yang terbekam sejak dulu’.

“Sebagai Perdana Menteri, beliau tak pernah datang kempen PRK. Bila dia datang sini, saya rasalah kasih yang terbekam dulu semarak semula.

“Saya tahu dia tegas walaupun nampak selalu senyum dan sikapnya juga keras. Bila dia ambil keputusan, ia selepas mengambil kira pelbagai perkara.

“Untuk semua itu, saya berikan penghormatan saya kepada anda Dr Mahathir,” ujarnya.

Tambah Anwar lagi, gandingan Mahathir - Anwar merupakan antara yang bersejarah, gandingan yang luar biasa mantapnya.

No comments

Loading...