Header Ads

Saya dah jangka kalah di Selangor, kata Rafizi


Rafizi Ramli percaya beliau akan menang pemilihan PKR jika hanya tewas “dalam 1,000 undi” dengan Datuk Seri Azmin Ali di Selangor.

Calon timbalan presiden PKR berkata keyakinan itu berdasarkan perbezaan majoriti yang tidak ketara, malah bukannya “lebih 5,000 undi,” lapor Sinar Harian.

Loading...


“Dia (Azmin) adalah pengerusi PKR Selangor sejak 1998, sandang jawatan menteri besar Selangor sepatutnya saya dah kalah dalam majoriti lebih 5,000 undi tapi setakat ini saya masih mampu bertahan dengan beza 1,000 undi saja,” katanya.

“Jadi jika saya kalah dalam 1,000 undi di Selangor, saya boleh menang dengan melihat suasana pengundi di luar Selangor yang lebih memihak kepada saya.”

Sudah jangka kalah di Selangor, dua negeri terakhir pemilihan iaitu Sabah dan Sarawak dakwa Rafizi menyebelahinya berbanding Azmin.

Tegas bekas wakil rakyat itu, peluangnya di kedua-dua negeri “cerah” jika keputusan hari ini tidak “jauh beza” atau “sedikit ketinggalan”. - Projek MM

No comments

Loading...