Header Ads

‘Saya dah jadi MB, Nazri patut risau masa depan beliau’, kata Mukhriz


Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir memulangkan paku buah keras kepada Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz supaya merisaukan masa depan sendiri.

Mukhriz berkata, beliau tidak memerlukan perlindungan yang ditawarkan Nazri sebaliknya meminta Ahli Parlimen Padang Rengas itu memikirkan masa depan sendiri selaku pembangkang kini.


Loading...
"Perlindungan apa? Mengapa saya nak risau masa depan saya,saya ingat lebih baik beliau (Nazri) merisaukan masa depannya  sebab beliau di pihak yang kalah... jadi sekali lagi nyatakan bahawa dakwaan macam tu memang tak masuk akal

"Kami ini dah kerajaan, saya dah jadi Menteri Besar pun buat apa saya nak sertai pembangkang pula," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Memetik portal Sinar Harian, Menteri Besar Kedah itu berkata, Nazri daripada parti yang kalah dalam pilihan raya kerana tiada lagi sokongan rakyat.

"Maksudnya beliau daripada parti yang kalah dalam pilihan raya hari tu jadi atas sebab-sebab yang kita tahu rakyat dah tidak menyokong mereka.

" Jadi buat apa saya nak pergi ke sana (Umno) kita dah jadi kerajaan," tegasnya.

Sebelum itu, Nazri menyatakan tidak pernah terlintas untuk meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu.

Beliau sebaliknya mempelawa  Dr Mahathir Mohamad dan Mukhriz Tun untuk kembali semula dalam dakapan Umno.

No comments

Loading...