Header Ads

Saudagar karpet saman Najib, Rosmah RM52.6 juta


KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor melantik peguam David Matthew untuk mewakili pasangan itu dalam kes saman RM52.6 juta yang difailkan saudagar karpet, Deepak Jaikishian, adik lelakinya Rajesh Jaikishian dan syarikat mereka Radiant Splendour Sdn Bhd.

Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Deepak mengesahkan perkara itu ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes itu di Mahkamah Tinggi di sini, lapor Sinar Harian hari ini.

Loading...


Plaintif menamakan Najib, Rosmah, Datuk Ahmad Johari Abdul Razak, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Tan Sri Shukry Mohd Salleh sebagai defendan dalam saman yang difailkan pada 12 September lalu itu.

Memetik Malaysiakini, saman itu menuntut kerugian dan menuntut tort konspirasi, penipuan, malfeasance dan penyalahgunaan proses di mana plaintif mendakwa Najib dan Rosmah menjadi dalangnya.



Syarikat itu dan dua lagi (Deepak dan Rajesh) didakwa terpaksa mengambil pinjaman hampir RM200 juta dari Bank Rakyat (RM198 juta) bagi pihak Najib dan Rosmah.

Pinjaman itu didakwa sebagai pertukaran pemilikan plaintif bagi geran utama sebanyak 80 unit kediaman di atas sebidang tanah di Kuala Lumpur yang digunakan sebagai surat ikatan tugasan untuk perjanjian itu pada tahun 2008.

Sebagai balasan, Radiant Splendor dan kedua-dua plaintif telah dilantik sebagai proksi bagi pihak Najib dan Rosmah, untuk pemilikan Menara Angkasaraya dan tanah Bukit Raja bernilai RM2 bilion.

Bagaimanapun, pada 19 April 2013, pihak plaintif dan Bank Rakyat mengadakan perjanjian penyelesaian kerana pinjaman berkenaan gagal dibayar. - Malaysian Update

No comments

Loading...