Header Ads

Saleem Iklim akhirnya sudah tiada


Penyanyi Saleem Iklim meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira pukul 6 pagi Sabtu.

Berita sedih itu disahkan oleh anaknya Iera Fakhira yang meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan Allahyarham, lapor mStar Online hari ini.

Saleem atau nama sebenarnya A.M Saleem Abdul Majeed, 57, cedera parah dalam satu kemalangan pada 12 September lalu di Bandar Mahkota Cheras.

Loading...


Motosikal ditunggangnya dikatakan melanggar kereta ketika keluar rumah untuk ke kedai berdekatan menyebabkan 12 tulang rusuk patah manakala salah satunya tertusuk paru-paru.

Allahyarham kemudian dimasukkan ke hospital Kajang dalam keadaan koma sebelum dipindahkan ke PPUKM untuk rawatan lanjut.



Allahyarham yang juga bekas vokalis kumpulan Iklim popular pada tahun 1990-an menerusi lagu Suci Dalam Debu.

Salah seorang anaknya bagi perkahwinan pertama iaitu Syafiq Farhain juga seorang artis.

Memetik portal Harian Metro, dalam kejadian di Kilometer (km) 16, Lebuhraya Grand Saga itu, 12 tulang rusuk Saleem patah termasuk satu daripadanya tertusuk paru-paru.

Kemalangan berlaku pada 3.20 petang apabila Saleem yang menunggang motosikal dari arah Kajang menghala ke Cheras dilaporkan terbabit kemalangan dengan kereta dari arah laluan yang sama berhampiran Plaza Tol Batu 11, Kajang.

Ketika kejadian, pemandu kereta dilaporkan cuba membelok ke kiri untuk masuk ke susur pejabat Grand Saga di Plaza Tol Batu 11, sebelum sisi kiri bahagian hadapan keretanya dirempuh oleh motosikal Saleem.

Jenazah akan dibawa ke Surau As-Syakirin di Bukit Mahkota Cheras untuk disembahyang dan bakal dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kawasan yang sama pada Sabtu. - Malaysian Update

No comments

Loading...