Header Ads

Saiful Bukhari terpaksa buka mulut tentang isu liwat

Saiful Bukhari Azlan - Foto Fmt

Port Dickson: "Saya memang berikrar untuk tidak membuka isu (liwat) itu, tetapi ada orang bertanya, saya kena jawablah,".

Demikian jelas calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Saiful Bukhari Azlan berhubung kenyataannya semalam yang mempertahankan dakwaan kejadian liwat membabitkan dirinya dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.

Loading...

Memetik laporan Astro Awani, Saiful Bukhari berkata lagi, beliau bukan sengaja ingin membuka semula tetapi hanya menjawab soalan yang diajukan oleh pengundi pada sesi soal jawab pada program ceramah kelompok di Kampung Teluk Pelanduk, Port Dickson, semalam.

"Jadi apabila ada sesi soal jawab dan ada pengundi yang bertanya saya mengenai isu itu, saya terpaksa menjawab lah. Saya pun tidak sedar ada pihak media di majlis tersebut," katanya.

Terdahulu Saiful Bukhari pada hari penamaan calon 29 September lalu berjanji untuk tidak mengungkit kontroversi lama sebagai bahan kempennya pada PRK kali ini.

No comments

Loading...