Header Ads

Rosmah tiba di mahkamah bagi menghadapi pertuduhan

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini, pada jam 8.27 pagi. - Foto Berita Harian

KUALA LUMPUR - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Mahkamah Sesyen pada jam 8.27 pagi bagi menghadapi pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Rosmah, 66, hadir menaiki kenderaan rasmi SPRM dengan diiringi pegawai suruhanjaya itu bagi dibacakan pertuduhan terhadapnya.


Loading...
Isteri Ahli Parlimen Pekan itu mengenakan baju kurung warna oren dan selendang rona sedondon.

Menurut laporan Sinar Harian lagi, peguam Rosmah, Datuk K Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent dilihat tiba lebih awal.

Rosmah ditahan pada jam 3.20 petang semalam selepas lima jam memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya untuk sesi ketiga.

Beliau juga bermalam di lokap SPRM selepas ditahan.

SPRM dalam kenyataan petang Rabu semalam juga mengesahkan penahanan Rosmah berhubung siasatan pengubahan wang haram selepas SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyen 9 dan pertuduhan akan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bahkan, hari ini juga ditetapkan untuk sebutan semula kes pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan Datuk Seri Najib Razak, 65.

No comments

Loading...