Rosmah Mansor tiba di ibu pejabat SPRM
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba
di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 10.42
pagi di sini hari ini.
Kehadiran beliau bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes
SRC International Sdn. Bhd. iaitu bekas subsidiari 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) selain kes penggubahan wang haram.
Loading...
Memetik portal Kosmo!, Rosmah tiba dengan menaiki kereta jenis Proton Perdana pada
pukul 10.45 pagi, beliau dilihat memakai baju kurung dan berselendang berwarna
hijau muda.
Barisan peguam Rosmah yang diketuai, Datuk K. Kumaraendran
pula tiba lebih awal iaitu pada pukul 10 pagi.
Ini adalah kali ketiga Rosmah dipanggil untuk memberi keterangan, kali terakhir
Rosmah hadir ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan ialah pada 26
September lalu dan disoal siasat hampir 13 jam.
Kali pertama Rosmah dipanggil memberi keterangan kepada SPRM
ialah pada 5 Jun lalu dan disoal siasat lebih lima jam.
Sebelum ini, media melaporkan Rosmah mungkin berdepan
sehingga 20 pertuduhan jenayah yang kebanyakannya membabitkan penggubahan wang
haram.
Post a Comment