Header Ads

Rosmah Mansor ditahan SPRM, bakal dituduh di mahkamah esok

ROSMAH ditahan pada jam 3.20 petang ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM. - Foto: Berita Harian

Selepas tiga kali hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya ditahan.

Penahanan itu dibuat SPRM pada jam 3.30 petang, lapor Sinar Harian.

Peguam, Geethan Ram Vincent mengesahkan penahanan anak guamnya itu.


Loading...

"Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk didakwa esok," katanya dipetik portal Malaysiakini.

Penahanan Rosmah itu dibuat hampir lima jam selepas beliau tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung siasatan agensi terbabit mengenai skandal 1MDB.



Rosmah, 66, dijangka dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan dipercayai pengubahan wang haram.

SPRM dijangka mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. - Malaysian Update

No comments

Loading...