Header Ads

Rosmah, dua anak disiasat kes berkaitan 1MDB


KUALA LUMPUR, 26 Okt — Datin Seri Rosmah Mansor hadir di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini, pagi ini bersama dua orang anaknya bagi memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Loading...


Isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang berbaju kurung putih tiba pada pukul 9.45 pagi bersama dua anaknya iaitu Riza Aziz dan Mohd Norashman yang juga dijangka memberi keterangan berhubung kes yang sama.

Rosmah sebelum ini dijadual memberi keterangan kepada Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) semalam namun proses itu diminta ditangguhkan pada hari ini.
Pada 4 Okt lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya berkemungkinan memanggil Rosmah bagi mengambil keterangan melibatkan pelbagai kes termasuk 1MDB.
Lebih 50 pengamal media mula berkumpul di bangunan itu yang menempatkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman sejak seawal 8 pagi tadi bagi membuat liputan. — Bernama

No comments

Loading...