Header Ads

Rosmah, 2 anak akan disoal siasat polis Jumaat ini


Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (Amla), Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman akan mengambil keterangan isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Jumaat ini.

Beliau dijangka hadir jam 10 pagi, di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini.

Turut hadir bagi memberi keterangan adalah dua anak Rosmah iaitu Norashman dan Riza Aziz.

Loading...

"Rosmah sepatutnya memberi keterangan esok berhubung siasatan rampasan barangan kemas dan kes 1MDB, tapi terpaksa ditunda ke hari Jumaat atas sebab-sebab tertentu.

"Turut hadir beri keterangan adalah Norashman dan Riza," kata sumber kepada portal Sinar Harian.

Awalnya, Rosmah dijadualkan untuk hadir memberi keterangan esok, namun terpaksa ditunda pada hari Jumaat.

Jun lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh memaklumkan bahawa nilai keseluruhan rampasan daripada 75 beg daripada enam lokasi serbuan yang dikaitkan dengan isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB) berjumlah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Kandungan di dalam 75 beg itu berisi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, jam tangan, cermin mata dan beg tangan pelbagai jenama.

No comments

Loading...