Header Ads

RMK11: Tak benar BN boros, hutang negara kuncup - Najib


Kenyataan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang sering mendakwa hutang negara berjumlah RM1 trilion boleh menyebabkan Malaysia rugi kerana menimbulkan kesangsian di kalangan pelabur terhadap keadaan ekonomi negara.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) untuk 2016 sehingga 2020 dibentangkan di Dewan Rakyat semalam membuktikan hutang negara berjumlah hanya RM688 bilion mengikut tarif antarabangsa.

Loading...

Beliau berkata, definisi hutang RM1 trilion yang sering disebut pemimpin kerajaan HARAPAN tidak mengikut tarif antarabangsa kerana memasukkan dua unsur tambahan, iaitu liabiliti luar jangka serta pembayaran pajakan.

“Dokumen HARAPAN semalam mengesahkan apa yang BN perkatakan selama ini, saya tidak pernah berganjak bahawa itulah (RM688 bilion) hutang negara sebenar.


“Kalau sebut RM1 trilion itu, ini akan mendatangkan reaksi di kalangan pelabur dan pasaran global sangsi terhadap keadaan ekonomi negara kita yang hanya akan merugikan Malaysia.

“Apa pun kita hendak buat walaupun hendak main politik, jangan korbankan kepentingan negara,” katanya kepada pemberita selepas makan tengah hari dan meninjau Medan Makan D’ Kuala, di Kuala Pahang dekat Pekan, hari ini.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata, kajian separuh penggal RMK11 yang dibentangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam juga membuktikan bahawa hutang negara yang berada pada tahap 50.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini semakin menguncup berbanding 54 peratus tiga tahun lalu.

“Ini bererti bahawa satu lagi tuduhan mereka bahawa kerajaan BN boros adalah tidak benar sebab kalau boros hutang kita meningkat tetapi hutang kita sebaliknya menguncup.

“Ia bermakna kita telah mentadbir negara dengan sikap bertanggungjawab, kita tidak boleh mengurangkan secara mendadak sebab perlu pinjaman untuk pembangunan negara,” katanya. - Bernama

No comments

Loading...