Header Ads

Remaja meninggal ketika bersalin dalam bilik air

Mayat remaja dan anaknya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh. - Foto Kosmo! Online

PARIT BUNTAR - Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun meninggal dunia ketika melahirkan anaknya di dalam bilik air rumahnya di Taman Tenggara di sini petang tadi.


Loading...
Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, remaja tersebut ditemui meninggal dunia oleh ahli keluarganya di dalam bilik air bersama bayinya sebelum satu laporan polis dibuat, lapor Kosmo! Online.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

“Mayat remaja dan anaknya itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya secara ringkas.

No comments

Loading...