Header Ads

Ramai menteri 'hilang' di Parlimen bila Pekan berucap?


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir menteri-menteri dan timbalan menteri yang tiada di tempat duduk mereka ketika beliau bangun berucap di sidang Parlimen.

Loading...

Sinisnya, sebelum itu ramai menteri dan timbalan menteri yang mencabar beliau untuk berani di pentas Parlimen, tetapi sebaliknya berlaku apabila beliau berbuat demikian.


Katanya, bila mana beliau menulis di Facebook, ada sahaja yang memanggil beliau untuk membawa penulisannya ke Parlimen.
"Bila saya bawa ke Parlimen, ramai menteri dan timbalan menteri hilang.

"Lain kali saya tulis di FB, sudah," sindir ahli Parlimen Pekan itu.

Mengulas situasi berkenaan, Najib dengan sinis berkata, "mungkin kebanyakan menteri ada temujanji 'lunch' awal.

"Mungkin juga ada satu dua yang terpaksa rehat tengah hari kerana tidak dapat tidur malam," sinisnya. - Sinar Harian

No comments

Loading...