Header Ads

Provokasi melampau: Presiden Rusia berkata beliau rasa apa yang Khabib rasa

Presiden Rusia, Vladimir Putin meluangkan masa bertemu Khabib dan bapanya. - Foto Sinar Harian

MOSCOW - RUSIA. Presiden Vladimir Putin berkata pihak yang bertindak diluar batasan layak menerima padah.

Katanya, sesiapa sahaja akan bertindak balas sekiranya diserang dengan provokasi melampau.

Putin berkata demikian bagi mengulas tindakan Khabib Nurmagomedov menyerang jurulatih jujitsu Conor McGregor, Dillon Danis sebaik sahaja pertarungan lightweight UFC 229 di Las Vegas berakhir pada Ahad lalu.

Loading...


Khabib meraih kemenangan meyakinkan apabila memaksa McGregor mengaku kalah pada pusingan keempat.

"Sesiapa sahaja akan melompat keluar (gelanggang) dengan cara sama.



"Apabila diserang (provokasi) bukan anda sahaja yang bertindak balas, tetapi kita semua juga lakukan perkara sama," katanya semasa mengadakan pertemuan khas dengan Khabib dan bapanya, Abdulmanap di Ulyanovsk, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Putin turut mengucapkan tahniah kepada Khabib kerana berjaya mempertahankan kejuaraan miliknya, sekali gus mengharumkan nama Rusia.

Dalam pada itu, Putin berharap Abdulmanap mengenakan hukuman lebih ringan kepada Khabib di atas tindakannya di Las Vegas.

Khabib ketika ini menanti bentuk hukuman yang bakal dikenakan Suruhanjaya Atletik Nevada (NAC) susulan insiden pergaduhan Ahad lalu.

Presiden UFC, Dana White sebelum ini memberi jaminan bahawa kejuaraan Khabib tidak dilucutkan, namun percaya petarung dari Dagestan itu bakal dikenakan penggantungan oleh NAC. - Agensi

No comments

Loading...