Header Ads

PRK Port Dickson: Dr M turun padang kempen untuk Anwar minggu depan

Tun Dr Mahathir Mohamad(kanan) akan turun berkempen di Port Dickson bagi membantu Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Oktober ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun padang sambil mengerahkan jentera parti dalam skala besar, lapor Berita Harian hari ini.

Loading...

Keputusan itu dibuat kerana terdapat cakap-cakap berkaitan hubungannya dengan Anwar, musuh lama yang kini disebut-sebut bakal penggantinya sebagai perdana menteri.


Dr Mahathir berkata lagi beliau dan juga pemimpin kanan HARAPAN akan turun padang ke kawasan peranginan itu pada 8 Oktober ini.

“Kita juga berharap pengundi Port Dickson di luar akan balik mengundi kerana tiada undi pos," kata perdana menteri lagi.

“Kena balik juga kerana banyak (pengundi) berada di negara lain”.

Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH. - Malaysian Update

No comments

Loading...