Header Ads

PM ucap takziah kepada anggota keluarga mangsa nahas Lion Air


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan takziah kepada anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di perairan Karawang, Indonesia hari ini.

Dalam catatan terbaharu dalam laman media sosial Twitternya hari ini, Mahathir melahirkan rasa sedih dan terkejut tatkala menerima berita insiden itu.

Loading...

"Saya sedih dan terkejut menerima berita pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di perairan Karawang pagi tadi.

"Saya ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ini," kata Mahathir dalam catatan berkenaan.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu yang membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di perairan Karawang selepas berlepas 6.20 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada pukul 7.10 pagi waktu Indonesia barat (8.10 pagi waktu Malaysia). - Bernama

No comments

Loading...