Header Ads

Pesawat Lion Air terhempas: 188 dikhuatiri terbunuh


Sebuah pesawat penerbangan Lion Air dari Jakarta dengan 188 penumpang termasuk anak kapal dilaporkan terbunuh apabila kapal terbang itu terjunam ketika menuju ke pekan Pangkal Pinang di pulau Sumatra.

Seorang jurucakap agensi mencari dan menyelamat Indonesia berkata, penerbangan Lion Air, JT610 itu terputus hubungan kira-kira 13 minit selepas berlepas. sebuah kapal tunda yang berlepas meninggalkan pelabuhan di ibu negara itu melihat ia terjunam.

Loading...

"Adalah disahkan bahawa ia telah terhempas," kata Yusuf Latif, jurucakap agensi itu, melalui mesej teks ketika ditanya mengenai nasib pesawat Lion Air berkenaan.

Serpihan pesawat itu ditemukan oleh kapal milik syarikat petroleum Indonesia, Pertamina Hulu Energi.

Antara barang-barang ditemukan termasuk jeket kesemalatan dan beberapa barang peribadi penumpang, seperti telefon bimbit.

Turut ditemukan adalah kerusi kapal terbang.

“Kami masih tidak tahu sama ada terdapat mangsa yang terselamat, kami berharap dan berdoa namun kami tidak boleh mengesahkannya,” kata ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia, Muhmmad Syagi.

Pesawat itu adalah jenis Boeing 737 MAX 8, menurut perkhidmatan pengesanan pesawat Flightradar 24.

Penerbangan JT610 berlepas kira-kira pukul 6.20 pagi dan dijangka mendarat di pekan Bangka-Belitung pada kira-kira 7.20 pagi. - Reuters




No comments

Loading...