Header Ads

Perjiwa: 'Bukan kami yang hampakan Tun M'


LANGKAWI: Beberapa orang yang bertindak keluar dari dewan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berucap dalam majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama persatuan pemandu-pemandu teksi di Langkawi bukannya ahli Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Executive Jiwa Malaysia (Perjiwa Malaysia).

Kejadian yang berlaku amatlah tidak diduga sama sekali dan ianya mungkin sabotaj dari pihak-pihak tertentu, kata Pengerusi Perjiwa Malaysia, Zailani Isaisuludin.

Loading...


Menurutnya, permohonan ampun dan maaf telah dipanjangkan kepada Perdana Menteri dalam satu pertemuan selepas majlis perjumpaan tersebut berahkir.
Oleh begitu, dia berharap isu ini tidak akan diperbesar-besarkan.



"Berhubung kenyataan berkenaan 10 pemandu teksi mengeluarkan kata-kata kesat dan buat bising serta keluar dewan semasa PM berucap berhubung isu e-hailing sehingga PM hampa, saya menyangkal bahawa 10 orang terbabit bukan ahli Perjiwa Malaysia. Saya pun tidak kenal mereka.

"Mungkin mereka diupah oleh pihak tertentu untuk membuat kacau pada majlis itu. Bukan ahli Perjiwa yang buat PM rasa kecil hati, itu bukan tindakan kita tetapi tindakan segelintir yang diupah oleh pihak-pihak tertentu untuk merosakkan keharmonian majlis hari ini," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Bagi Yang Dipertua Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Pulau Pinang, Abdul Malik Darus, dia berharap semua pelaku terbabit tampil meminta maaf.

"Kami berharaplah pihak yang berkenaan membuat surat permohonan secara rasmi minta maaf kepada PM. Walaupun Perjiwa telah memohon maaf, lebih eloklah adat susila Melayu meminta mereka tampil meminta maaf," katanya. - Astro Awani

No comments

Loading...