Header Ads

Penyokong Umno buta tuli, kata Tun M


SHAH ALAM - Penyokong Umno sedia ada bukan menaruh kepercayaan kepada pemimpin mereka sebaliknya memberi sokongan secara buta tuli.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka (penyokong Umno) adalh golongan yang fanatik terhadap parti itu biarpun penjelasan telah diberikan.

Loading...

"Mereka bukan menyokong tetapi buta tuli," katanya.

Menurutnya, apabila penerangan mengenai skandal melibatkan pemimpin negara ketika itu dijelaskan, penyokong Umno tidak percaya.

"Kita terangkan, mereka tidak akan percaya ..sampai sekarang  ada orang keluar Umno beritahu melakukan kesilapan tetapi percaya pemimpinnya mendapat dana daripada tok Arab.

"Tok Arab gila mana yang hendak bagi duit itu?," katanya pada Program Bicara Minda anjuran Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, hayat Umno yang memperjuang hak orang Melayu sejak zaman pra kemerdekaan sudah lumpuh.

"Umno yang satu masa dahulu boleh lawan British sehingga mendapat kemenangan, akhirnya lumpuh disebabkan oleh perasaan tamak di kalangan pemimpin Melayu," katanya.

No comments

Loading...