Header Ads

Pengutip wang pinjaman akhirnya ke tali gantung


GEORGE TOWN - Padah mengedar dadah, seorang pengutip wang pinjaman yang baru berusia 36 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas  didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine, tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes keraguan munasabah terhadap Keow Sze Teve, 36, pada akhir kes pembelaan.


Loading...

Mahkamah turut menjatuhi hukuman penjara lapan tahun dan enam sebatan ke atas Keow bagi kesalahan memiliki senjata api iaitu sepucuk pistol jenama Coughar 8000FT dan lima tahun penjara bagi tuduhan tiada lesen atau permit untuk memiliki 12 butir peluru jenama RA1 10 Luger 9MM.



Bagaimanapun mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia  ditangkap iaitu pada 19 Jun 2015.

Selain itu, tertuduh berdepan dengan lapan tahun lagi hukuman penjara dan enam sebatan selepas mahkamah turut memerintahkannya menjalani hukuman penjara bagi kesalahan memiliki sepucuk pistol jenis Pietro Beretta Gardone serta hukuman empat tahun penjara kerana kesalahan tiada lesen atau permit untuk memiliki 32 butir peluru jenama S&B  9X9 dan 15 butir peluru jenama S&B 40S. - Bernama

No comments

Loading...