Header Ads

Orang dalam lantikan Najib kini jadi sumber SPRM


KUALA LUMPUR - Orang dalam yang dilantik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan menjadi sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan skandal urusan 1MDB dengan firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).

MalaysiaKini yang memetik sumber rapat berkata, orang dalam bergelar datuk itu dilantik oleh Najib sebagai pengantara antara kedua-dua syarikat itu beberapa tahun lalu.

Loading...

Pengantara itu menyerah diri kepada SPRM pada Jun lalu dan kini dipercayai diletakkan di bawah program perlindungan saksi.

Beliau adalah individu yang sama dengan senarai dikehendaki SPRM pada 2015 untuk membantu siasatan kes 1MDB.

Sumber itu memberitahu MalaysiaKini bahawa walaupun Najib bertanggungjawab melantik pengantara 1MDB-IPIC, bekas perdana menteri itu didakwa pernah memberitahu penyiasat SPRM bahawa beliau mempercayai lantikannya itu namun tidak tahu mengenai perkembangan kerjanya.

Najib juga dilaporkan akan berdepan enam pertuduhan pada Khamis ini berikutan siasatan berhubung perkara tersebut.

Menurut laporan The Straits Times (NST) sebelum ini, Najib akan berdepan dengan empat pertuduhan baharu melibatkan skandal 1MDB-IPIC.

Menurut laporan berkenaan, Najib akan dituduh sebagai bertanggungjawab terhadap peranannya dalam penyelesaian hutang tahun lalu antara 1MDB dan firma pelaburan Abu Dhabi itu. - Sinar Harian

No comments

Loading...