Header Ads

Neelofa menginap di vila mega mewah The Muraka berharga lebih RM200,000 semalam


KUALA LUMPUR - Pengacara dan pelakon Neelofa menjadi individu ketiga di dunia yang menginap di vila mega mewah The Muraka, Conrad Maldives Rangali Island.

Ia merupakan vila mewah bawah laut pertama di dunia yang siap dibina pada 2016 dan mula beroperasi pada November ini, lapor Kosmo Online.

Harga penginapan bilik di vila mewah bawah laut itu berharga RM200,000 semalam.

Loading...

Kedalaman bilik mewah itu sedalam 16.4 kaki (lima meter) dari paras laut.

Neelofa, 29, berkongsi beberapa keping gambarnya yang berada di sana sehingga menerima perhatian luar biasa daripada peminat yang teruja dengan harga di vila itu.

"Saya selalu bersyukur kerana berpeluang meneroka percutian yang menarik. Bidang kerja memberi peluang kepada saya pergi ke tempat idaman yang selama ini hanya ada dalam imaginasi.

"Seperti pengalaman sekali seumur hidup di The Muraka! Bilik-bilik di sini disediakan dengan perkhidmatan pelayan 24 jam sehari, selain disediakan bot untuk menjelajah ke sekeliling pulau.

"Meskipun bayarannya sangat mahal iaitu AS$50 ribu (RM207,954) satu malam, tetapi saya berasa sangat bertuah kerana menjadi orang ketiga di dunia yang merasai pengalaman ini," ujarnya.

The Muraka yang terletak di Kepulauan Rangali dibina dengan kos AS$15 juta (RM62 juta).

No comments

Loading...