Header Ads

Nazri pelawa Mukhriz dan Dr M kembali kepada Umno, jamin beri perlindungan


Anggota Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata tidak pernah terdetik di hatinya untuk keluar Umno dan menyertai Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

Sebaliknya, bekas menteri pelancongan itu berkata apa yang terlintas di fikirannya kini adalah untuk mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kembali ke pangkuan Umno.

“Tidak pernah terfikir dan terlintas di hati saya untuk tinggalkan Umno dan masuk BERSATU.

Loading...


“Tetapi saya akan buat pelawaan secara terbuka untuk bawa beliau (Mukhriz) dan bapanya (Mahathir) untuk masuk Umno, sebab Umno ini parti Melayu,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, mengulas mengenai larangan terhadap dirinya untuk menyertai BERSATU.

Nazri berkata lagi pelawaan itu dibuat kepada Mukhriz kerana hanya Umno sahaja dapat memberi 'perlindungan' bagi masa depan politik kepada menteri besar Kedah itu.

“Saya tengok BERSATU ini mungkin tidak ada masa depan sebab pemimpin mereka ialah Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.



"Kalau mereka berdua ini berundur, sudah tidak ada kepimpinan dalam BERSATU, sebab itu saya pelawa Mukhriz masuk Umno dan beri perlindungan dalam Umno.

“Dulu masa beliau (Mukhriz) bertanding naib presiden (Umno) pun saya sokong beliau. Umno Padang Rengas pun bagi undi pada beliau,” katanya.

Memetik laporan Malaysiakini hari ini, Nazri turut mempersoalkan tindakan Pakatan Harapan (HARAPAN) cuba mencuri wakil rakyat Umno yang disifatkan sebagai mempunyai  'muslihat' tertentu.

“Kalau dalam keadaan sekarang mereka (HARAPAN) kerajaan yang kukuh lebih 111 kerusi, yang nak berusaha sangat nak curi ahli parlimen Umno ini ada apa-apa muslihat ke?

“Kita telah bersetuju supaya bagi kita tidak boleh ambil runcit-runcit. Curi satu-satu wakil rakyat tidak boleh, (Kalau) nak ambil kita semua.

"Kita tidak mahu Umno dibubar, kita berkawan boleh tapi bubar masuk mereka (BERSATU) tidak boleh,” katanya sambil memaklumkan sebarang rundingan untuk menyertai BERSATU perlu dibuat dengan pucuk pimpinan Umno dan bukan secara individu.

No comments

Loading...