Header Ads

Nazri: 'Daripada ambil secara 'runcit', baik terus pimpin Umno'


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyokong penuh pelawaan agar Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai semula Umno.

Menurut ahli Parlimen Padang Rengas tersebut,sokongan beliau itu berdasarkan prinsip demi menjaga kepentingan Melayu, Islam dan negara.

Katanya, apa salahnya Dr Mahathir menyertai semula Umno jika beliau terbukti boleh 'membuat sesuatu' untuk parti keramat Melayu itu.


Loading...
"Kita terbuka, kita sokong sebab Umno yang ada sekarang ini adalah Umno Tun M, saya memang sokong penuh daripada cuba nak ambil ahli Parlimen Umno secara runcit masuk Bersatu adalah lebih baik beliau datang terus pimpin Umno yang merupakan Umno dia sendiri.

"Yang penting untuk kepentingan Melayu dan malaysia , jadi kalau dia menyebabkan orang Melayu dapat bersatu adalah baik, yang penting ia untungkan Melayu, Islam dan kita bukan nak susahkan orang lain dan ini ke arah perpaduan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa yang mempelawa Dr Mahathir menyertai Umno.

Kata Annuar, realiti sebenarnya  amat ramai ahli Umno termasuk beliau sendiri amat sayang dan menghormati Dr Mahathir dengan hati yang tulus ikhlas.

Katanya mereka berjuang bersama puluhan tahun, rebah berkali-kali membela Dr Mahathir dan Umno.

Dalam pada itu mengulas sama ada ada mana-mana pemimpin Umno bertemu secara peribadi dengan Dr Mahathir bagi tujuan tersebut, Nazri berkata, 'beliau tidak pasti mengenai perkara itu'. - Sinar Harian

No comments

Loading...