Header Ads

Najib tiba di Mahkamah Kuala Lumpur

Najib tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sebentar tadi. - Foto Kosmo!

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 8.38 pagi bagi menjalani prosiding pengurusan kes untuk tiga pertuduhan melakukan pecah amanah di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pekan yang memakai sut lengkap berwarna biru gelap itu tiba dengan menaiki Proton Perdana dan diiringi beberapa motosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM), lapor Kosmo!.

Loading...

Sebaik tiba, Najib, 65, sempat bersalaman dengan beberapa penyokongnya termasuk Pelakon dan pengarah filem terkenal, Ellie Suriati serta Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB), Datuk Lokman Noor Adam  yang tiba seawal 7 pagi.

Mahkamah Tinggi hari ini, menetapkan prosiding sebutan semula kes membabitkan tujuh pertuduhan berkaitan menerima wang hasil daripada aktiviti haram, pecah amanah dan salah guna jawatan di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd Ghazali.

Bekas Perdana Menteri sebelum ini, mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram membabitkan dana RM42 juta berkenaan SRC International Sdn Bhd.

Beliau juga membuat pengakuan sama terhadap tiga pertuduhan pindaan berkaitan kesalahan pecah amanah dan satu pertuduhan pindaan kes salah guna jawatan untuk kepentingan peribadi membabitkan dana dan syarikat sama.

No comments

Loading...