Header Ads

Najib sekali lagi dipanggil polis


Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini sekali lagi memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk disoal siasat .

Difahamkan, Najib akan hadir ke Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (Amla), PDRM, Menara KPJ, Jalan Tun Razak pagi ini.

Ketika ini, pihak media sedang menantikan kehadiran Ahli Parlimen Pekan berkenaan.

Turut kelihatan juga beberapa orang penyokong Najib bagi memberikan sokongan kepada bekas perdana menteri itu.


Loading...
Portal Utusan Malaysia yang memetik Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB) Datuk Lokman Noor Adam berkata, ahli parlimen Pekan itu akan hadir ke Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada jam 10 pagi.

Menurutnya, beliau hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

"Semua teman-teman seperjuangan yang berkelapangan dijemput untuk hadir sama sekitar jam 9.30am sebagai tanda solidariti.

"Kehadiran ini juga sebagai tanda bantahan kita terhadap penyalahgunaan AMLA," katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pada 27 September lalu berkata PDRM memerlukan maklumat daripada Najib untuk melengkapkan siasatan kes melibatkan 1MDB.

Katanya, PDRM telah merakam lebih 70 keterangan daripada pelbagai individu terasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhubung siasatan dan Najib akan dipanggil lagi untuk dirakam keterangannya.

Ini adalah kali keempat Najib dipanggil memberi keterangan kepada Unit Amla berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1MDB.

Sebelum ini, bekas perdana menteri itu berdepan 21 pertuduhan kerana dakwaan berkaitan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM4.3 bilion dan empat tuduhan rasuah berjumlah RM2.3 bilion membabitkan dana 1MDB yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pada 26 September lalu pula berkata PDRM akan memanggil Datin Seri Rosmah Mansor dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berkaitan rampasan barang kemas yang dipercayai miliknya oleh polis pada Jun lepas.

Barang kemas itu juga dipercayai mempunyai kaitan dengan kes dana 1MDB. - Malaysian Update.

No comments

Loading...