Header Ads

Najib: Manifesto PH memang nak menipu, macam lelaki pikat awek

Najib Razak - Foto Sinar Harian

Pakatan Harapan (PH) berniat menipu pengundi melalui manifesto, ibarat pemuda sengaja mengukir kata manis untuk memperdaya gadis, kata Datuk Seri Najib Razak.

Pendekatan itu berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu yang memang mahu menunaikan janji pilihan rayanya walau sering dilabel “janji di capati”, kata bekas perdana menteri lagi.

Loading...

“[...] maksud sebenar mereka adalah manifesto [PH] itu ditulis dengan niat hendak menipu rakyat, tanpa niat pun hendak tunaikan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

“Dia ibarat pemuda yang sedang cuba hendak pikat gadis, berjanji bulan dan bintang, tetapi selepas dapat dan kahwin, habuk pun tidak ada.”

Menurut portal Projek MM lagi, Najib mengupas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin yang menyebut manifesto PH, yang kini sukar dilaksanakan, disediakan sebegitu kerana tidak menjangka boleh menang.

Perdana menteri sebelumnya mendedahkan manifesto “untuk memalukan” kerajaan BN tetapi PH pula “dalam kedudukan yang memalukan” kerana terpaksa menunaikan janji yang tidak wajar.

Najib juga berkata PH tidak ingin menunaikan janji tetapi mencari-cari alasan. Temanya Membina Negara Memenuhi Harapan “sudah jadi Membinasakan Negara Memusnahkan Harapan,” katanya.

Tambahnya, sewaktu merangka manifesto BN menjelang pilihan raya 9 Mei lalu, beliau berpegang pada surah al-Maidah ayat 1 yang menggesa orang beriman memenuhi janji-janji.

No comments

Loading...