Header Ads

Najib: 'Kalau tidak akan turunkan harga barang, mengapa bermati-matian mahu mansuhkan GST?'


Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mempersoalkan mengapa jika cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak mampu menurunkan harga barangan dan perkhidmatan, mengapa kerajaan Pakatan Harapan (HARAAPN) bermati-matian memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 Jun lalu.

Najib mempertikaikan kenyataan Lim Guan Eng bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah berjanji harga barang akan turun selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) digantikan kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).


Loading...
Beliau mempersoalkan lagi, sebelum PRU14, pembangkang ketika itu memainkan propaganda dengan pemansuhan GST, harga barang akan dapat diturunkan dengan pelaksanaan SST.

Soalnya, jika tidak pernah mengatakan harga barang akan turun, mengapa kerajaan menggantikan sistem GST kepada SST.

“Sebelum PRU14, beribu orang keluar ke jalanraya, beratus ceramah dan propaganda yang kata pemansuhan GST dan pulang kepada cukai SST akan turunkan harga barang. Kini tidak pula. Lebih parah lagi ialah PH dakwa mereka tidak pernah berjanji demikian.

“Kalau tidak akan turunkan harga barang, mengapa bermati-matian mahu mansuhkan GST yang lebih telus dan pulang kepada SST yang banyak kelemahan?,” kata Najib lagi di Facebook miliknya hari ini.

Najib memberikan reaksi itu susulan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Parlimen yang mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa tiada jaminan harga barang akan turun selepas pelaksanaan SST.

Guan Eng juga mencabar mana-mana pihak menunjukkan bukti sekiranya beliau pernah mengeluarkan kenyataan harga barang akan turun.

Manifesto PRU-14 Pakatan Harapan (PH) menggariskan 10 janji, antaranya menghapuskan GST dan mengembalikan SST yang mampu memberi lebih penjimatan. - Malaysian Update

No comments

Loading...