Header Ads

Najib: Dulu Kata Kerajaan Perlu Berapa Ringgit Je Hapus Tol, Hari Ini Apa Cerita?


Terbaru, bekas Perdana Menteri, Najib Razak menerusi facebook rasmi beliau sebentar tadi sekali lagi telah memuat naik satu kenyataan menyelar tindakan kerajaan yang dianggap sebagai memutar beli kenyataan.

Dengan nada menyindir, Najib berkata, sebelum menjadi kerajaan, pembangkang ‘memekik’ untuk menghapuskan tol, tetapi pada hari ini sebaliknya pula berlaku.

Loading...

Dulu sebelum jadi Kerajaan, janji hapus tol. Siap kata kerajaan cuma perlu berapa ringgit je untuk buat sedemikian.

Putar belit setiap hari padahal dia yang beri konsesi berat sebelah. Tapi Kerajaan BN dan saya Najib Razak yang dipersalahkan, walhal hampir setiap tahun saya umum hapus tol di beberapa kawasan.

Hari ini dah jadi Kerajaan, baru cakap mustahil lebuhraya tanpa tol.

Bukan main memekik Puchong dan Simpang Renggam sampai buat video dan poster berjuta-juta orang like dan tonton. Hari ini, apa cerita?

Inilah yang berlaku bila berjanji bukan ikhlas untuk rakyat tapi semata-mata tamakkan kuasa.

Memetik laporan Bernama, Dr Mahathir mendedahkan beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.

“Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini merupakan beban yang besar.”

“Tetapi pada masa itu, saya menentang. Saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma… ia tidak boleh (dilakukan). Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol,” katanya.

Sumber : Najib Razak/Siakap Keli

No comments

Loading...