Header Ads

Najib beri keterangan berhubung pembayaran hutang dana pelaburan 1MDB hari ini


PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipanggil sekali lagi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.


Loading...
Menurut sumber, Najib dipanggil untuk memberi keterangan berhubung pembayaran hutang dana pelaburan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) kepada International Petroleum Investment Co. (IPIC), lapor Kosmo Online.

"Beliau dipanggil untuk membantu siasatan berikutan terdapat penemuan baharu dalam siasatan 1MDB yang masih aktif dijalankan," katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu tiba di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 10 pagi melalui pintu belakang bangunan tersebut.

No comments

Loading...