Header Ads

Muhyiddin: Memang kerusi kosong tapi parlimen rekod ucapan


KUALA LUMPUR — Tan Sri Muhyiddin Yassin hairan dengan dakwaan Datuk Seri Najib Razak berkaitan kerusi ahli parlimen kerajaan kosong ketika beliau berbahas.


Loading...
"Saya tidak nampak mengapa perkara ini perlu diperbesarkan. Setahu saya pegawai parlimen akan catat dan rekod ucapan dalam hansard," katanya di parlimen hari ini, lapor Projek MM.

Tidak pasti punca menteri dan timbalan tiada dalam Dewan Rakyat, Muhyiddin menganggap hal itu bukan luar biasa kerana sebahagian mereka ada urusan rasmi.

“Saya cukup lama jadi ahli parlimen. Kadang-kadang, ahli parlimen terpaksa berucap dalam dewan yang hampir kosong," kata wakil rakyat Pagoh.

Najib kecewa dengan ketidakhadiran mereka ketika beliau berbahas dan bekas perdana menteri selepas ini hanya mahu menulis di Facebook.

No comments

Loading...