Header Ads

Mayat bayi dibungkus plastik ditemui


Mayat seorang bayi lelaki yang dibungkus dengan plastik ditemui di kawasan tempat letak kereta sebuah flat di Jinjang, Sentul di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP S Shanmugamoorthy Chinniah dalam satu kenyataan berkata mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui orang awam.

Loading...

"Bayi itu disahkan meninggal dunia oleh doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan mayat dihantar ke HKL untuk bedah siasat," katanya.

Kenyataan itu tidak memaklumkan waktu bayi itu ditemui.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

- Bernama

No comments

Loading...