Header Ads

Mahu bawa Jho Low ke muka pengadilan, Hishammuddin tawar diri cari Jho Low di China


Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menawarkan diri untuk mencari jutawan kontroversi yang terkait skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Semberong itu menegaskan, beliau secara peribadi ingin merungkai kemelut 1MDB dan membawa Jho Low ke muka pengadilan, lapor Sinar Harian hari ini.

"Secara peribadi saya mahu melihat isu 1MDB ini dapat diselesaikan dapat kita keadilan dan kita nak tahu hujung pangkalnya.

Loading...

"Maknanya sekiranya Jho Low ada di negeri China, secara peribadi saya akan ke China untuk cari dan bawa Jho Low ini ke muka keadilan. Kerana selagi mana dia di luar negara, kita rasa kes 1MDB ni tak selesai," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Hishammuddin memberitahu akan berlepas ke China dalam masa terdekat ini berdasarkan maklumat daripada kenalan sewaktu beliau menjawat jawatan menteri sebelum ini.

"Daripada dahulu lagi saya nak tahu hujung pangkal kebenaran dan penyelesaian dalam kes 1MDB. Bukan satu perkara yang mudah ia cukup kompleks  tetapi tidak ada sesiapa di negara kita ini boleh menafikan bahawa Jho Low ini terlibat secara langsung.

"Kalau dia nak bersihkan namanya dia kena kembali ke negara kita dan menghadapi apa jua dakwaan di mahkamah dan kalau saya boleh bantu kalau sampai ke lubang cacing sekalipun saya akan cari dia," tegasnya.

Jho Low sebelum ini dilaporkan melarikan diri daripada pihak berkuasa Malaysia dan beberapa negara lain atas peranannya dalam hal 1MDB.

Jho Low berkata beliau tidak akan menyerah diri kerana katanya tidak akan diadili secara adil ditengah-tengah “perbicaraan oleh media”.

No comments

Loading...